UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Main Author :Jusoh Adnan, Sauman Yunus, Ramli Zuliskandar,
Title :Gendang Gangsa di Asia Tenggara: tinjauan terhadap motif berunsur geometri (IR)
Year of Publication :2011
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Artikel ini memfokuskan kajian terhadap gendang gangsa iaitu sejenis artifak peninggalan masyarakat Zaman Logam di Asia Tenggara. Keunikan artifak ini terserlah pada motif dan pola hiasan yang dipaparkan sama ada pada timpanum mahupun bahagian badan objek berkenaan. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana penggunaan motif yang mempunyai elemen geometri dipaparkan pada gendang gangsa. Di samping itu, kajian ini akan meneliti sejauhmana kekerapan penggunaan motif berkenaan dan juga maksud yang tersirat di sebalik penggunaan motif tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan tipologi dan perbandingan iaitu dengan membuat analisis terhadap kesemua motif dan simbol yang berunsur geometri yang dipaparkan pada gendang gangsa. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai jenis motif yang berunsur geometri telah diaplikasikan sebagai pola hiasan gendang gangsa. Di antaranya ialah motif bintang, motif segi tiga, motif gergaji, motif bulatan bertangen, motif bulatan bertitik, motif spiral, motif abjad dan sebagainya. Motif tersebut bukan sahaja dipaparkan pada timpanum gendang sahaja, namun ia juga turut dipaparkan pada bahagian badan gendang. Berdasarkan pemerhatian, terdapat juga motif yang sama diulang penggunaan sehingga menampakkan keunikan objek ini. Kombinasi beberapa jenis motif berunsur geometri pada gendang gangsa juga bukan hanya membentuk identiti sesebuah gendang gangsa berkenaan, tetapi ia juga menunjukkan inovasi dan kreativiti masyarakat Zaman Logam yang semakin maju berbanding dengan masyarakat wujud sebelumnya sama ada masyarakat Zaman Paleolitik ataupun Neolitik.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)