UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :TD Environmental technology. Sanitary engineering
Main Author :Roslaini Abdul Jalil
Title :Potensi penuaian hujan di kawasan Cameron Highlands (IR)
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menilai potensi penuaian hujan oleh penduduk di Cameron Highlands. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pencerapan sampel air hujan dan soal selidik. Empat kawasan persampelan di sekitar Cameron Highlands iaitu kawasan pertanian, petempatan, bandar dan satu kawasan lapang telah dipilih untuk diletakkan takungan air hujan bagi diuji kandungan air hujan berdasarkan Standard Kualiti Air Minuman Kebangsaan bagi melihat kesesuaian air hujan tersebut sebagai altenatif bekalan air mentah dan air minuman. Analisis kualiti air berdasarkan sela masa 3-minit dilakukan terhadap sampel yang diambil bagi kawasan lapang.Parameter kualiti air yang dianalisis ialah pH, DO, SS, BOD, NH?N, kekeruhan, Cd, Fe,Pb dan Mn. Persampelan air hujan dilakukan sebanyak dua kali bagi merangkumi musim lembap dan musim kering. Seramai 125 orang responden telah dipilih sebagai sampel bagi mendapatkan pandangan mereka tentang kualiti air hujan. Hasil kajian mendapati, tren hujan bagi Cameron Highlands adalah meningkat dan purata hujan tahunan adalah melebihi 2400 mm. Jumlah ini sesuai bagi menjalankan penuaian hujan dengan nilai kebolehpercayaan penuaian hujan adalah 1660 m² bagi sebuah rumah. Manakala bagi status kualiti air hujan pula adalah rendah. Nilai NH?N adalah tinggi pada musim kering untuk sampel kawasan penempatan dan sampel sela masa minit ke 3, minit ke 6 dan minit ke 9. Nilai tertinggi bagi parameter lain adalah pada musim lembap iaitu nilai SS 73 mg/l bagi sampel sela masa minit ke 3; nilai DO ialah 13.4 mg/l bagi sampel kawasan bandar, nilai kekeruhan ialah 15.1 NTU bagi sampel sela masa minit ke 9, dan nilai BOD ialah 13.4 mg/l bagi sampel kawasan bandar. Penurunan kualiti air hujan ini disebabkan oleh penggunaan baja tanaman yang banyak. Persepsi penduduk juga turut menyatakan bahawa kualiti air hujan adalah tidak memuaskan. Namun, masih terdapat penduduk yang akan menggunakan air hujan pada masa akan datang bergantung kepada keperluan. Oleh itu, Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengambil tindakan dalam memelihara sumber alam supaya tidak menjejaskan sumber air termasuk air hujan agar dapat digunakan sebagai sumber air altenatif.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)