UPSI Digital Repository (UDRep)

Amalan pengurusan perniagaan usahawan tani IKS bumiputera: satu kajian kes di negeri Terengganu

AVAILABLE Article 2476 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information
Title
Amalan pengurusan perniagaan usahawan tani IKS bumiputera: satu kajian kes di negeri Terengganu
Type
Article
Main Author
Mustapha Ramlee, Che Abdullah Nurulhuda,
Subject
HB Economic Theory
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2011

Abstract

Sektor pertanian di negara kita sedang mengalami transformasi ke arah yang lebih dinamik dan kompetitif. Sektor ini amat penting, bukan sahaja kerana ianya dapat membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara malahan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat. Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berasaskan pertanian telah diberi penekanan di dalam Dasar Pertanian Negara memandangkan potensinya di dalam mewujudkan peluangpeluang pekerjaan dan menambah nilai Eî~äìÉ�~ÇÇÉÇF hasil pengeluaran pertanian. Walaupun dasar dan inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia pusat pengeluaran makanan di peringkat global pada 2010 namun pencapaian usahawan tani terutama kaum Bumiputera masih pada tahap yang rendah. Kajian kes ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Untuk mengumpul data – satu set soal selidik, protokol temubual dan senarai pemerhatian telah dibina berdasarkan objektif kajian dan tinjauan literatur. Seramai 10 orang usahawan tani (5 lelaki dan 5 wanita) di negeri Terengganu telah dipilih berdasarkan kriteria kejayaan ushawan dalam memajukan perniagaan mereka. Dapatan kajian menunjukkan amalan pengurusan perniagaan dari persepsi usahawan tani Bumiputera yang dikaji berada pada tahap yang tinggi (min=4.43, sp=0.55). Walaupun begitu, hasil temubual mendapati usahawan tani yang dikaji mengakui bahawa amalan pengurusan pemasaran mereka masih di tahap yang lemah manakala hasil pemerhatian pula menunjukkan amalan pengurusan kewangan responden masih di tahap tidak memuaskan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.