UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Megalah Krishnan
Title :Penyesuaian, motivasi pencapaian dan pencapaian akademik pelajar di sebuah sekolah menengah: sebuah kajian kes (IR)
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur hubungan antara penyesuaian dan motivasi pencapaian dengan pencapaian akademik dan hubungan penyesuaian dan motivasi pencapaian antara jantina. Seramai 105 orang pelajar Tingkatan Satu daripada sebuah sekolah menengah telah dipilih dengan kaedah persampelan bertujuan untuk menjadi responden kajian. Data dipungut menggunakan instrumen Skala Penyesuaian Bell yang merangkumi dua elemen iaitu penyesuaian rumah dan penyesuaian emosi. Skala Motivasi Pencapaian Ray digunakan untuk mengukur tahap motivasi pencapaian pelajar. Pencapaian akademik pelajar diukur berdasarkan Gred Purata Markah. Data kajian ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif, iaitu Peratusan, Kekerapan, Sisihan Piawai dan Min serta statistik inferensi iaitu ujian Korelasi Pearson dan ujian-t. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan penyesuaian rumah mempunyai hubungan yang signifikan dengan motivasi pencapaian. Hasil ujian-t menunjukkan tahap penyesuaian rumah dan penyesuaian emosi pelajar lelaki lebih tinggi berbanding pelajar perempuan, tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap motivasi pencapaian antara jantina. Walau bagaimanapun, tahap penyesuaian emosi pelajar adalah rendah, khususnya pelajar perempuan. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa penyesuaian emosi mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik, manakala motivasi pencapaian mempunyai hubungan negatif yang signifikan ke atas pencapaian akademik. Dapatan kajian ini menyokong kepentingan penyesuaian dan motivasi pencapaian dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)