UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan dan pengesahan instrumen Ujian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Fizik bagi tajuk Daya dan Gerakan

AVAILABLE Thesis 1699 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembangunan dan pengesahan instrumen Ujian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Fizik bagi tajuk Daya dan Gerakan
Type
Thesis
Main Author
Rohana Amin
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian kuantitatif ini bertujuan membangun dan mengesahkan instrumen Ujian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Fizik (UKBATF). UKBATF mengandungi 10 item berbentuk subjektif yang boleh mengukur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi tajuk Daya dan Gerakan Fizik Tingkatan Empat. Kaedah pembangunan UKBATF adalah berpandukan Kerangka Operasi Pembangunan dan Pengesahan UKBATF. Proses kesahan pakar dilakukan oleh enam orang pakar dalam bidang Fizik dan KBAT. Kebolehpercayaan UKBATF ditentukan dengan mengira pekali alfa Cronbach iaitu pekali ketekalan dalaman dan pekali korelasi Intra-Kelas (PKAK) iaitu penentuan kebolehpercayaan antara pemeriksa. Kualiti UKBATF ditentukan dengan mengira indeks kesukaran, p dan indeks diskriminasi, D bagi setiap item dan keseluruhan ujian. Dapatan menunjukkan semua item UKBATF mempunyai kesahan yang tinggi dengan 80% persetujuan dalam kalangan pakar. Dari segi kebolehpercayaan pula didapati pekali alfa Cronbach ialah 0.726 dan pekali PKAK ialah 0.960. Nilai p dan D menunjukkan item UKBATF berada pada tahap sederhana dan diterima sebagai item yang baik. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membangunkan sebuah instrumen bagi mengukur KBAT dalam mata pelajaran Fizik bagi tajuk Daya dan Gerakan yang sah, boleh dipercayai dan mempunyai kualiti yang baik. Implikasinya, instrumen ini menambahkan bilangan instrumen KBAT sedia ada yang sangat terhad bilangannya. Disamping itu, kaedah yang digunakan oleh pengkaji bagi membangun dan mengesahkan instrumen UKBATF boleh dijadikan panduan kepada penyelidik dan pendidik untuk membina instrumen seumpamanya.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.