UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Dalam masyarakat Melayu penggunaan warna biasanya dijumpai dalam pelbagai artifak. Warna alam semula jadi lebih banyak digunakan untuk bahan pewama, diperolehi daripada bahan pewama yang ‘mesra alam’ yang sebati dengan kehidupan seharian masyarakat Melayu. Perkara itu telah wujud sejak berabad-abad yang lalu, malah dipercayai wujud dari zaman prasejarah lagi. Orang Melayu pada zaman dahulu mengambil berat tentang nilai-nilai dan perwatakan warna. Warna digunakan rneluas dalam masyarakat Melayu, imej dap satu warna menurut kepercayaan, pengguna akan aman damai dan jauh dari malapetaka. Warna tradisional tempatan ialah satu warisan milik orang Melayu yang memiliki makna dan nilai-nilai yang melibatkan cara hidup, ekonomi, alam persekitaran. Dari faktor ini lahimya pelbagai bentuk kraftangan dan artifak tradisional Melayu. Dalam penggunaan warna trad sional Melayu, pandai tukang memainkan peranan yang penting. Warna wujud kerana keperluan kehidupan seperti untuk berkomunikasi, adat istiadat, upacara dan pengobatan. Mengikut kepercayaan orang Melayu, pemilihan warna alam semula jadi merupakan perkara utama. Terdapat juga setengah masyarakat dahulu menggunakan warna untuk perobatan. Masyarakat zaman prasejarah menggunakan warna sebagai perhubungan dengan semangat, roh dan menceritakan peristiwa perburuan, kehidupan, penggambaran serta menggunakan warna tertentu untuk perubatan. Diana Brown (1997) menyatakan manusia pada zaman itu menggunakan bahan tanah liat sebagai warna pigmen yang dicampurkan dengan iemak binatang sebagai media perubatan. Keindahan dan kehalusan seni wama ini terletak pada adunan sempuma ekstrak tumbuhan dari permukaan bumi Melayu dan sumber galian yang memberikan prestasi paling tinggi untuk pengeluaran produk bermutu, jelas ini memaparkan tamadun dan budaya serta ketinggian aras pemikiran masyarakat silam. Menurut Siti Zainon (2000), wama merupakan amalan yang telah diamalkan sejak permulaan tamadun manusia lagi yang merupakan seni penggunaan ekstrak daripada tumbuhtumbuhan untuk pelbagai keperluan hidupan harian, sebagai media komunikasi untuk menyampaikan pesan suci dan perubatan masyarakat Melayu lama. Dari seg! estetiknya, terdapat perhubungan antara artistik dan kreativiti bahasa tampak (visual Icingguage) masyarakat Melayu ketika itu. Minat dan tingkah laku masyarakat Melayu yang kreatif, penggunaan wama berlaku dalam konteks aktiviti-aktiviti seni. Pada masa yang sama mereka berkeupayaan menggunakan seni wama untuk perubatan dan upacara-upacara ritual. Ini menunjukkan bahawa penggunaan wama itu sangat penting dalam penghasilan karya seni masyarakat Melayu. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |