UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :CC Archaeology
Main Author :Yunus Sauman Sabin
Title :Tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah dari perspektif etnoarkeologi (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2015
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penyelidikan ini dilakukan untuk mencari jawapan mengenai kewujudan keranda kayu balak di Sabah khususnya di Kinabatangan dan Segama. Aspek yang diambilkira ialah taburan keranda, pentarikhan dan kronologi, adat dan pantang larang sepanjang proses pembuatan dan pengebumian, persoalan fungsi dan jenis-jenis polahias serta makna perlambangan terhadap semua bentuk polahias keranda. Data-data tersebut kemudiannya digunakan untuk menjawab persoalan sejauhmana tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah merupakan cerminan kepada falsafah dan pemikiran Orang Sungai di Kinabatangan dan Subpan di Segama. Pengkaji telah meneliti kesemua keranda kayu balak di kedua-dua kawasan yang berjumlah lebih dari 1000 buah keranda dari 9 buah tapak pengebumian melalui survei lapangan yang komprehensif selama 2 tahun. Sepanjang survei, pengkaji telah merakam dan melukis kesemua bentuk dan motif polahias keranda yang boleh dikategorikan kepada 5 jenis iaitu antropomorfik, zoomorfik, flora, geometrik dan stailistik. Pengkaji juga telah menyertai 2 proses pengebumian keranda yang masing-masing mewakili masyarakat Sungai di Kinabatangan dan Subpan di Segama. Di samping itu pengkaji juga membuat temuramah dengan individu tertentu yang difikirkan paling berpengetahuan tentang tradisi tersebut untuk mendapatkan maklumat mengenai adat dan pantang larang serta fungsi keranda dalam masyarakat. Memandangkan tidak kesemua jenis motif dapat dihuraikan oleh para informan, pengkaji menggunakan kaedah memadankan unsur-unsur yang wujud dalam worldview mereka dengan jenis motif yang digunakan sebagai polahias keranda. Keranda kayu balak merupakan salah satu artifak budaya kuno di Sabah yang digunakan secara berterusana semenjak 1300 tahun dahulu. Dengan menggunakan kaedah pentarikhan kronometrik dan pentarikhan relatif, pengkaji telah berjaya meletakkan tradisi pengebumian ini dalam kerangka sejarah kebudayaan di Sabah dengan jelas. Melalui data pentarikhan dan seriasi keranda juga menunjukkan bahawa tradisi ini bermula dari hilir Kinabatangan dan kemudian berkembang ke bahagian hulunya sementara di Segama pula, tradisi ini bermula di bahagian hulu dan berkembang ke bahagian hilir. Berdasarkan kepada data yang ditemui untuk kesemua persoalan yang diutarakan dalam tesis ini, nyatalah bahawa objek keranda kayu balak di Sabah merupakan cerminan kepada falsafah dan pemikiran masyarakat Dusun Sungai dan Subpan. Dengan itu tesis ini merupakan kajian yang paling komprehensif mengenai tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)