UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Alizah Lambri
Title :Pelaksanaan pengajaran menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam kursus Bahasa Melayu di sebuah universiti awam (IR)
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2015
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan melihat pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu berpusatkan pelajar yang dilaksanakan oleh pensyarah pada peringkat pengajian tinggi. Kajian memberi fokus terhadap pengetahuan pensyarah Bahasa Melayu tentang pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar (PBP), serta meneliti proses pelaksanaannya. Kaedah dan aktiviti PBP yang dilaksanakan dalam P&P Bahasa Melayu turut diberi tumpuan. Maklum balas pelajar terhadap pelaksanaan PBP juga turut dibincangkan. Peserta kajian terdiri daripada seorang pensyarah program Bahasa Melayu dan 21 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu di sebuah Universiti Awam (VA). Pemilihan peserta kajian dipilih secara bertujuan. Pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk naratif. Hasil analisis mendapati, pensyarah Bahasa Melayu mempunyai pengetahuan tentang PBP dan ada melaksanakannya dalam P&P. Pelaksanaan PBP di dalam kelas dapat dilihat pada peringkat set induksi, perkembangan dan penutupan. Manakala, PBP di luar kelas dapat dilihat menerusi tugasan pelajar, meliputi tugasan individu, berpasangan dan berkumpulan. Pelbagai kaedah dan aktiviti PBP serta alat dan bahan bantu mengajar boleh digunakan dalam P&P Bahasa Melayu pada peringkat pengajian tinggi. Maklum balas pelajar terhadap pelaksanaan PBP dapat dilihat menerusi sikap positif yang ditunjukkan oleh pelajar. Terdapat juga pelajar yang bersikap negatifterhadap pelaksanaan PBP. Melalui PBP, penerapan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar dapat diwujudkan. Faktor yang mendorong pelaksanaan PBP dalam P&P Bahasa Melayu pada peringkat pengajian tinggi telah dikenal pasti dan dinyatakan dalam kajian ini. Implikasi dan cadangan kajian turut dikemukakan bagi menggalakkan pendidik Bahasa Melayu menggunakan PBP dalam pengajaran mereka. Sebuah model PBP Bahasa Melayu telah dihasilkan dan boleh dijadikan panduan kepada pendidik Bahasa Melayu yang berminat dan berhasrat untuk melaksanakan PBP.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)