UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesinambungan manifestasi rupa dan jiwa melayu dalam karya seni 3-Dimensi: dari perspektif seni halus

AVAILABLE Conference Item 1777 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Kesinambungan manifestasi rupa dan jiwa melayu dalam karya seni 3-Dimensi: dari perspektif seni halus
Type
Conference Item
Main Author
Husain Abdul Halim,
Subject
ND Painting
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2003

Abstract

Penulisan ini adalah satu pemerhatian terhadap karya seni tampak Malaysia yang berbentuk 3-Dimensi. Ianya pemerhatian terhadap beberapa hasil karya kraf tradisi serta karya seni tampak kontemporer. Karya kontemporer berbentuk 3-Dimensi yang dipilih adalah berasaskan koleksi Balai Senilukis Negara manakala karya kraf tradisi pula adalah koleksi pameran ‘Rupa dan Jiwa’ oleh Tuan Syed Ahmad Jamal Ianya adalah satu penelitian terhadap teijemahan konsep rupa dan jiwa Melayu dalam karya seni tampak kontemporer berbentuk 3-Dimensi. Penelitian ini melihat kesinambungan kreativiti seniman tradisi dan seniman kontemporer dalam menghasilkan karya yang berasaskan konsep rupa dar jiwa Melayu. Permasalahan rupa dan jiwa dalam penghasilan karya seni tampak sememangnya menjadi isu perbincangan yang tidak berkesudahan. Walapun ianya dilihat hanya sebagai permasalahan dalam konteks orang-orang seni namun peranan dan kesedaran terhadap isu rupa dan jiwa adalah sejagat. Tambahan pula dalam konteks sekarang dimana isu memperkukuhkan identiti bangsa dan negara serta kekuatan jat: diri adalah sangat penting bagi generasi muda masa kini bagi mengharungi era globalisasi. Seni tampak sebenamya dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan semangat jati diri dikalangan generasi muda bagi membina satu bangsa Malaysia yang kukuh. Dalam suasana moden dan dunia globalisas hari ini keperluan untuk memperkukuhkan jati diri serta mengenai budaya bangsa harus diutamakan bagi memudahkan generasi muda menangani pelbagai isu dan permasalahan dalam kehidupan. Bagi memahami budaya dan falsafahnya maka harus dikaji dan diselidiki akan masyarakatnya yang menjadi wadah kebudayaan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.