UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Penulisan ini adalah satu pemerhatian terhadap karya seni tampak Malaysia yang berbentuk 3-Dimensi. Ianya pemerhatian terhadap beberapa hasil karya kraf tradisi serta karya seni tampak kontemporer. Karya kontemporer berbentuk 3-Dimensi yang dipilih adalah berasaskan koleksi Balai Senilukis Negara manakala karya kraf tradisi pula adalah koleksi pameran ‘Rupa dan Jiwa’ oleh Tuan Syed Ahmad Jamal Ianya adalah satu penelitian terhadap teijemahan konsep rupa dan jiwa Melayu dalam karya seni tampak kontemporer berbentuk 3-Dimensi. Penelitian ini melihat kesinambungan kreativiti seniman tradisi dan seniman kontemporer dalam menghasilkan karya yang berasaskan konsep rupa dar jiwa Melayu. Permasalahan rupa dan jiwa dalam penghasilan karya seni tampak sememangnya menjadi isu perbincangan yang tidak berkesudahan. Walapun ianya dilihat hanya sebagai permasalahan dalam konteks orang-orang seni namun peranan dan kesedaran terhadap isu rupa dan jiwa adalah sejagat. Tambahan pula dalam konteks sekarang dimana isu memperkukuhkan identiti bangsa dan negara serta kekuatan jat: diri adalah sangat penting bagi generasi muda masa kini bagi mengharungi era globalisasi. Seni tampak sebenamya dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan semangat jati diri dikalangan generasi muda bagi membina satu bangsa Malaysia yang kukuh. Dalam suasana moden dan dunia globalisas hari ini keperluan untuk memperkukuhkan jati diri serta mengenai budaya bangsa harus diutamakan bagi memudahkan generasi muda menangani pelbagai isu dan permasalahan dalam kehidupan. Bagi memahami budaya dan falsafahnya maka harus dikaji dan diselidiki akan masyarakatnya yang menjadi wadah kebudayaan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |