UPSI Digital Repository (UDRep)

Stres guru disiplin di daerah Perak Tengah

AVAILABLE Thesis 2568 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Stres guru disiplin di daerah Perak Tengah
Type
Thesis
Main Author
Mohamad Asri Khalid
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap stres dalam kalangan guru disiplin dengan mengenal pasti perbezaan tahap stres daripada aspek jantina dan mengikut simptom-simptom stres serta mengenal pasti hubungan tahap stres guru disiplin dalam kalangan guru disiplin di daerah Perak Tengah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperoleh daripada soal selidik yang menggunakan skala Likert lima mata. Soal selidik yang digunakan berdasarkan soal selidik “Teacher Stress Inventory” yang mengandungi tiga bahagian, iaitu bahagian A (maklumat demografi responden), bahagian B (soal selidik faktor stres guru) dan bahagian C (simptom-simptom stres guru). Darjah kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) bagi instrumen yang digunakan ialah 0.930. Seramai 140 orang guru disiplin dari 11 buah sekolah menengah harian telah dipilih secara persampelan berstrata sebagai responden bagi kajian ini. Data diproses melibatkan statistik deskriptif, iaitu pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Data juga diproses menggunakan statistik inferensi, iaitu ujian-T dan ujian perkaitan Pekali Korelasi Spearman. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap stres guru disiplin di daerah Perak Tengah secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana dengan min = 2.92 dan sisihan piawai = 0.63. Kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan di antara tahap stres guru disiplin perempuan dengan guru disiplin lelaki dengan (t = - 0.879, p > 0.05). Dapatan analisis ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaaan yang signifikan antara tahap stres guru disiplin dengan simptom fisiologi dengan F=3.503, p>0.05 dan simptom psikologi dengan F=2.930, p>0.05. Walau bagaimanapun, kajian ke atas simptom tingkah laku menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap stres dengan simptom tingkah laku dengan F=4.379, p

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.