UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Sayid Syeikh al-Hadi (1867-1934) dan Zainal Abidin Ahmad, Za'ba (18951973) adalah dua ahli fikir dan tokoh reformasi Melayu yang melihat keperluan dan kepentingan bangsa Melayu memahami dan mengamalkan ajaran Islam untuk mereka dapat keluar daripada keadaan mereka yang mundur dalam berbagai bidang seperti kemasyarakatan, pendidikan, ekonomi dan politik. Al-Had hidup pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu sedangkan Za'ba hidup pada zaman penjajahan Inggeris dan zaman kemerdekaan Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan Malaysia pula pada 16 September 1963. Mereka berdua menulis dan meninggalkan karya-karya mereka kepada bangsa Melayu. Di antara karya-karya mereka berdua terdapat karya-karya dalam bidang agama Islam atau bidang pengajian Islam dan lebih khusus lagi bidang akidah Islam seperti qadak dan qadar satu daripada Rukun Iman. Fokus di sim ialah kefahaman dan penjelasan al-Hadi dan Za'ba terhadap qadak dan qadar dan sebabsebab mereka berdua menulis tajuk berkenaan dengan membuat rujukan kepada karya-karya mereka masing-masing. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |