UPSI Digital Repository (UDRep)

Qadak dan Qadar dalam Pemikiran al-Hadi dan Zaba

AVAILABLE Conference Item 1497 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Qadak dan Qadar dalam Pemikiran al-Hadi dan Zaba
Type
Conference Item
Main Author
Abu Bakar Ibrahim,
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2003

Abstract

Sayid Syeikh al-Hadi (1867-1934) dan Zainal Abidin Ahmad, Za'ba (18951973) adalah dua ahli fikir dan tokoh reformasi Melayu yang melihat keperluan dan kepentingan bangsa Melayu memahami dan mengamalkan ajaran Islam untuk mereka dapat keluar daripada keadaan mereka yang mundur dalam berbagai bidang seperti kemasyarakatan, pendidikan, ekonomi dan politik. Al-Had hidup pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu sedangkan Za'ba hidup pada zaman penjajahan Inggeris dan zaman kemerdekaan Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan Malaysia pula pada 16 September 1963. Mereka berdua menulis dan meninggalkan karya-karya mereka kepada bangsa Melayu. Di antara karya-karya mereka berdua terdapat karya-karya dalam bidang agama Islam atau bidang pengajian Islam dan lebih khusus lagi bidang akidah Islam seperti qadak dan qadar satu daripada Rukun Iman. Fokus di sim ialah kefahaman dan penjelasan al-Hadi dan Za'ba terhadap qadak dan qadar dan sebabsebab mereka berdua menulis tajuk berkenaan dengan membuat rujukan kepada karya-karya mereka masing-masing.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.