UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan kaunseling kelompok Teori Pilihan Terapi Realiti (CTRT) terhadap kemurungan, kebimbangan, kelangsangan, motivasi pencapaian dan persepsi negatif terhadap ibu bapa bercerai. Kaedah eksperimen kuasi dengan pra ujian dan pos ujian kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan digunakan dalam kajian ini. Subjek adalah 30 pelajar tingkatan 1 dan 2 dari sebuah sekolah di negeri Selangor yang dipilih secara persampelan bertujuan serta diagihkan secara rawak kepada kumpulan rawatan (20 subjek) dan kumpulan kawalan (10 subjek). Subjek kumpulan rawatan telah didedahkan lapan sesi kaunseling kelompok CTRT yang memakan masa selama 16 jam. Data pra ujian dan pos ujian telah diukur dengan menggunakan Inventori Remaja Ibu bapa Bercerai dan seterusnya dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perbandingan min, ANCOVA dan Post Hoc pada nilai aras signifikan .05. Hasil kajian menunjukkan kaunseling kelompok CTRT berkesan secara signifikan terhadap kemurungan, kebimbangan, kelangsangan, motivasi pencapaian dan persepsi negatif terhadap ibu bapa dalam kalangan kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Kesimpulannya, intervensi melalui kaunseling kelompok CTRT didapati berkesan untuk membantu menangani masalah psikologi remaja ibu bapa bercerai. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |