UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan kaunseling kelompok Teori Pilihan Terapi Realiti terhadap aspek psikologi pelajar ibu bapa bercerai

AVAILABLE Thesis 3780 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan kaunseling kelompok Teori Pilihan Terapi Realiti terhadap aspek psikologi pelajar ibu bapa bercerai
Type
Thesis
Main Author
Nor Afiti Mohd Basri
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan kaunseling kelompok Teori Pilihan Terapi Realiti (CTRT) terhadap kemurungan, kebimbangan, kelangsangan, motivasi pencapaian dan persepsi negatif terhadap ibu bapa bercerai. Kaedah eksperimen kuasi dengan pra ujian dan pos ujian kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan digunakan dalam kajian ini. Subjek adalah 30 pelajar tingkatan 1 dan 2 dari sebuah sekolah di negeri Selangor yang dipilih secara persampelan bertujuan serta diagihkan secara rawak kepada kumpulan rawatan (20 subjek) dan kumpulan kawalan (10 subjek). Subjek kumpulan rawatan telah didedahkan lapan sesi kaunseling kelompok CTRT yang memakan masa selama 16 jam. Data pra ujian dan pos ujian telah diukur dengan menggunakan Inventori Remaja Ibu bapa Bercerai dan seterusnya dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perbandingan min, ANCOVA dan Post Hoc pada nilai aras signifikan .05. Hasil kajian menunjukkan kaunseling kelompok CTRT berkesan secara signifikan terhadap kemurungan, kebimbangan, kelangsangan, motivasi pencapaian dan persepsi negatif terhadap ibu bapa dalam kalangan kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Kesimpulannya, intervensi melalui kaunseling kelompok CTRT didapati berkesan untuk membantu menangani masalah psikologi remaja ibu bapa bercerai.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.