UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Laporan projek pembinaan “Modul Panduan Muzik Iringan Tari Ranup Lam Puan” ini disediakan untuk memenuhi keperluan kursus SPM 6006 dalam program Sarjana Pendidikan Muzik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penghasilan produk ini adalah bertujuan untuk membantu dan menyediakan bahan pengajaran kepada guru muzik dan juga pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Atas (SMA) dalam pembelajaran seni tradisional daerah tempatan. Dengan adanya buku panduan ini diharapkan guru muzik dan juga pelajar muzik tidak lagi mengalami masalah dalam pembelajaran muzik iringan tari Ranup Lam Puan dan mempersembahkan secara langsung (live). Selain itu produk ini akan dapat membantu dalam mengekalkan warisan budaya agar tidak hilang ditelan zaman. Bagi melengkapkan maklumat, penyelidikan ini dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian, dan rakaman video. Temu bual dilakukan kepada 3 (tiga) orang responden yang terdiri daripada 2 (dua) orang pemuzik tradisional Aceh dan 1 (satu) orang tenaga pengajar muzik di Universiti. Penyelidikan ini adalah penyelidikan pertama yang julung kali dilakukan. Oleh itu, masih banyak kekurangan dan kelemahan yang masih perlu diperbaiki dan penyelidikan yang lebih mendalam perlu dilakukan bagi menyempurnaan kajian ini. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |