UPSI Digital Repository (UDRep)

Panduan memainkan muzik iringan tarian tradisional Aceh tarian Ranup Lam Puan

AVAILABLE Thesis 1700 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Panduan memainkan muzik iringan tarian tradisional Aceh tarian Ranup Lam Puan
Type
Thesis
Main Author
Teuku Faisal Samsuri
Subject
MT Musical instruction and study
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2014
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Laporan projek pembinaan “Modul Panduan Muzik Iringan Tari Ranup Lam Puan” ini disediakan untuk memenuhi keperluan kursus SPM 6006 dalam program Sarjana Pendidikan Muzik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penghasilan produk ini adalah bertujuan untuk membantu dan menyediakan bahan pengajaran kepada guru muzik dan juga pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Atas (SMA) dalam pembelajaran seni tradisional daerah tempatan. Dengan adanya buku panduan ini diharapkan guru muzik dan juga pelajar muzik tidak lagi mengalami masalah dalam pembelajaran muzik iringan tari Ranup Lam Puan dan mempersembahkan secara langsung (live). Selain itu produk ini akan dapat membantu dalam mengekalkan warisan budaya agar tidak hilang ditelan zaman. Bagi melengkapkan maklumat, penyelidikan ini dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian, dan rakaman video. Temu bual dilakukan kepada 3 (tiga) orang responden yang terdiri daripada 2 (dua) orang pemuzik tradisional Aceh dan 1 (satu) orang tenaga pengajar muzik di Universiti. Penyelidikan ini adalah penyelidikan pertama yang julung kali dilakukan. Oleh itu, masih banyak kekurangan dan kelemahan yang masih perlu diperbaiki dan penyelidikan yang lebih mendalam perlu dilakukan bagi menyempurnaan kajian ini.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.