UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Dari awal lagi saya mesti membuat pengakuan ikhlas bahawa menyiap kertas kerja ini merupakan satu tugasan yang amat berat, pertamanya kejauhan saya dengan bahan penyelidikan terkini yang mungkin ada tetapi khasnya kerana walaupun banyak memperkatakan isu-isu orang-orang Melayu, tentang ekonominya, penderitannya, dan kelemahan-kelemahan sehingga diexploitasi oleh bangsa asing, tetapi tidak ada kajian menyeluruh mengenai kelemahan orang Melayu dalam pendidikan dan kaitannya dengan nilai budaya yang dianuti. Perintis awal dalam mengenengahkan permasalahan orang Melayu termasuk Munshi Abdullah, Wilkinson Winstedt, Zaaba, Barnes, Aminuddin Baki, Ungku Aziz, Dr. Mahathir Mohamad. Ada juga pemikir pendatang baru yang banyak menulis tentang hal ini seperti Asrul Zamaani, Abang Yusuf Putih dan Hasan Ahmad. Tetapi bagi saya dua tokoh yang paling fokus mengenai isu nilai dan kemajuan Melayu ialah Za’ba dan Mahathir kerana kedua-dua mereka bukan sahaja mengupas masalah tetapi juga menyaran malahan melaksanakan beberapa saranan yang dibuat. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |