Nilai-nilai murni dalam bahan pengajaran Bahasa Melayu intensif kepada pelajar asing: kes Universiti Utara Malaysia
Type
Article
Main Author
Ahmad Ibrahim, Din Halim,
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
1981
Abstract
Pengajaran bahasa kepada sesiapa sahaja, sama ada murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah atau pelajar institusi pengajian tinggi, penutur jati atau bukan penutur jati dilaksanakan untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu untuk membolehkan mereka menguasai bahasa tersebut dan dapat menggunakannya secara berkesan dalam komunikasi harian, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Ini bertepatan dengan fungsi bahasa itu sendiri. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang mempelajari bahasa untuk tujuan lain selain untuk melakukan perhubungan, sama ada secara antar muka atau pun sebaliknya. Cuma yang berbeza dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa terletak pada pendekatan, perkaedahan dan teknik pengajaran sahaja. Unsur pedagogi penting kerana tahap kebolehan penguasaan bahasa antara setiap individu pada setiap peringkat amat berbeza.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.