UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan teknik Jigsaw II dalam pembelajaran sains ke atas prestasi akademik dan interaksi sosial dalam kalangan pelajar berprestasi rendah

AVAILABLE Thesis 1530 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan teknik Jigsaw II dalam pembelajaran sains ke atas prestasi akademik dan interaksi sosial dalam kalangan pelajar berprestasi rendah
Type
Thesis
Main Author
Mohamad Ali Piah Landahari
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2014
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan Jigsaw II sebagai satu pendekatan untuk meningkatkan pencapaian akademik dan interaksi sosial pelajar. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan 60 orang pelajar Tingkatan Dua yang berpencapaian rendah dalam mata pelajaran sains. Pelajar ini diajar selama lima minggu dalam mata pelajaran sains mengikut tajuk-tajuk yang telah dipilih. Data kualitatif dan kuantitatif dikumpul menggunakan ujian pra dan pos, pemerhatian dalam kelas dan temubual. Penganalisian data dibuat menggunakan statistik deskriptif dan inferens melibatkan min, sisihan piawai dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan min skor ujian pra daripada M=12.73 kepada M=16.53, dalam ujian pos. Ini menunjukkan peningkatan skor yang ketara bagi pelajar yang menghadiri kelas Jigsaw II. Data kualitatif juga menunjukkan pembelajaran koperatif dapat meningkatkan interaksi sosial pelajar. Ini menunjukkan penggunaan teknik Jigsaw II berpotensi untuk meningkatkan pencapaian akademik dan interaksi sosial pelajar berprestasi rendah dalam mata pelajaran sains.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.