Hubungan persekitaran luaran dengan penggunaan e-dagang dalam kalangan usahawan kecil dan sederhana Melayu di Semenanjung Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Suzlita Welas
Subject
HF Commerce
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2014
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan persekitaran luaran dengan penggunaan E-Dagang dalam kalangan usahawan Kecil Dan Sederhana Melayu yang terlibat dengan industri pengeluaran makanan dan minuman di Semenanjung Malaysia. Jumlah populasi kajian ialah 190 orang responden dan sampel kajian ialah 130 responden. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens iaitu analisis Pekali Korelasi Pearson dan Regresi Berganda Stepwise. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat dua faktor persekitaran luaran yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan penggunaan E-Dagang dalam kalangan usahawan Kecil dan Sederhana Melayu di Semenanjung Malaysia dalam konteks industri pengeluaran makanan dan minuman. Implikasi kajian adalah sumbangan kepada penemuan hubungan dua faktor persekitaran luaran yang mempunyai hubungan dengan penggunaan E-Dagang iaitu faktor persaingan dan faktor pembekal.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.