UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :HF Commerce
Main Author :Md. Ali Azlah, Abu Bakar Suaibah, Omar Rozeyta, Mukhtar Syaharizatul Noorizwan,
Title :Membina Daya Saing Usahawan Melayu Menyunsur Arus Globalisasi (IR)
Year of Publication :2003
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Takrifan Globalisasi, Usahawan dan Melayu Globalisasi mempunya' beberapa takrifan mengikut pendekatan yang digunakan oleh seseorang pengkaji dan ianya boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan yang utama iaitu kumpulan ahli-ahli logika sebab tunggal (single causal logic ), kumpulan ahli-ahli budaya dan kumpulan teori pascakolonial (Rosazman, et.al., 2000). Kumpulan pertama mendefinisikan globalisasi sebagai satu proses pensejagatan yang dipengaruhi oleh faktor tunggal seperti teknologi, ekonomi atau politik semata-mata. Kumpulan budaya pula mendefinisikan globalisasi sebagai proses ketidaktentuan budaya yang melanda pelbagai masyarakat di dunia. Sementara kelompok pascakolonial mendefmisikannya sebagai proses budaya imperialisme atau neokolonialisme barat terhadap masyarakat Dunia Ketiga terutamanya. Penggunaan istilah globalisasi menjadi semakin popular semenjak awal tahun 19S0an yang dirujuk kepada intergrasi ekonomi di seluruh dunia terutama yang berkaitan dengan pergerakan perdagangan, modal, buruh dan juga maklumat berdasarkan teknologi di antara negara ( Allinson, 1993 ). Untuk tujuan kertas keija ini, defmisi yang diberikan oleh Allinson (1993) akan digunakan kerana ianya amat berkaitan dengan beberapa isu terutamanya persoalan usahawan Melayu dan cabaran globalisasi. Usahawan ialah seseorang yang mengusahakan pemiagaan, la juga dianggap sebagai seseorang yang mempunyai daya inovatif dan dapat membahagikan dan mengurus faktor-faktor pengeluaran dan menanggung risiko (Marshall, 1920 ). Usahawan juga merujuk kepada seseorang yang mempunyai keupayaan untuk menggunakan peluang-peiuang ekonomi dan merangka langkah untuk mengeksploitasikannya ( Cole, 1959). Selain itu usahawan turut ditakrifkan sebagai individu yang mencetuskan ideaidea pemiagaan, membentuk organisasi syarikat, menambah modal, menggaji pekeija, menjalinkan hubungan dengan pembekal, pelanggan dan pemerintah serta menukarkan konsep menjadi sebuah organisasi yang berfungsi (Hagen, 1968).
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)