UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :L Education (General)
Main Author :Su'ut, Bell
Title :Estetika “Bakad” masyarakat Lun Bawang Lawas, SarawaK:satu kelangsungan pendidikan informal (IR)
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2013
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini ialah mengenai bakad, atau pakaian tradisional masyarakat Lun Bawang yang merupakan satu kajian yang boleh memartabatkan warisan kebudayaan masyarakat Lun Bawang. Pada zaman dahulu bakad berfungsi sebagai pakaian seharian dan juga untuk upacara ritual. Kini bakad hanya digunakan dalam upacara tertentu sahaja dan berfungsi sebagai identiti masyarakat Lun Bawang. Kajian ini memberi fokus kepada dua aspek iaitu nilai estetika yang terdapat pada bakad masyarakat Lun Bawang dan mengesan kelangsungan pendidikan secara informal. Kewujudan bakad dalam masyarakat Lun Bawang selama 70 tahun lebih adalah merupakan satu fenomena yang unik. Kawasan kajian dilaksanakan di daerah Lawas, terutamanya di kampung-kampung yang masih aktif menghasilkan bakad seperti Tang Itong, Long Tuma, Batu Mulung dan Long Tuan. Kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah kajian kualitatif. Kaedah ini menggunakan pendekatan secara etnografi yang melibatkan pengkaji secara langsung bersama pembuat bakad dan orang perseorangan yang berpengetahuan dan berpengalaman untuk mengumpul data. Data-data yang terkumpul dari kajian ini telah membuktikan bahawa bakad masyarakat Lun Bawang mempunyai nilai estetika yang tersurat dan tersirat. Bakad terbukti memiliki nilai estetika yang objektif yang terdapat pada reka bentuk, ragam hias dan keunikan bahan yang digunakan untuk menghasilkan bakad. Selain itu nilai estetika yang subjektif seperti kepercayaan masyarakat Lun Bawang, teknik-teknik yang dicipta untuk menghasilkan bakad dan perasaan masyarakat Lun Bawang apabila memakai pakaian tradisional. Kemahiran dan pengetahuan menghasilkan bakad yang dimiliki pada hari ini adalah diwarisi daripada nenek moyang masyarakat Lun Bawang yang diturunkan melalui pemerhatian, tunjuk cara dan penceritaan lisan daripada orang yang berpengetahuan dan berpengalaman.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)