UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kertas ini barangkal cukup berbeza dan berlainan daripada apa yang menjadi isu dan tajuk utama seminar yang diadakan ini. Namun sebagai suatu usaha murni buat mengingati dan mengabadikan Za’ba dan seluruh pemikiran serta wawasannya, maka barangkali ianya juga boleh dibanding dan dilihat juga dalam suatu senario keseluruhan warisan pemikiran mengenai dan untuk orang Melayu itu. Maka itu, kertas ini beranggapan bahawa walaupun nama dan tokoh seorang yang bemama Za’ba perlu diabadikan sebagai seorang pemikir Melayu yang ulung, namun ianya akan menjad lebih lengkap lagi sekiranya dua hal lam turut diberikan perhatian, Pertama, melihat dan meletakkan Za’ba dalam kontesk senario kesinambungan keseluruhan pemikir dan pemikiran Melayu, misalnya daripada Tun Seri Lanang melalui Sejarah Melayunya, merentas1 Abdullah Munshi, diikuti dengan era Syed Sheikh Al- Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, sehinggalah kepada A. Rahim Kajai dan Ishak Hj Muhammad (Pak Sako), kepada Za’ba, diikuti dengan Revolusi Mental, dan seterusnya kepada Dr. Mahathir Mohamad dengan Dilema Melayu sampai kepada “Peijuangan Belum Selesai” (1996) dan “Melayu Mudah Lupa” (2001) serta “Dilema Melayu Baru” (2002). |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |