UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :DS Asia
Main Author :Abdul Hamid Nor Zakiah, Mis Mohammed Azlan,
Title :Peranan dan permasalahan Bahasa Melayu dalam memperkukuhkan peradaban melayu pada abad ke-21
Year of Publication :2003

Abstract :
Semenjak Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu) mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, bahasa Melayu telah diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu memainkan peranan utama sebagai bahasa rasmi dalam segala urasan pentadbiran negara. Bukan itu sahaja, bahasa Melayu juga mempunyai peranan sebagai bahasa perpaduan, iaitu bahasa komunikasi yang digunakan untuk berhubung di antara mdividu pelbagai kaum di Malaysia. Peranan bahasa Melayu semakin berkembang sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, malah juga di Sabah dan Sarawak. Selang beberapa tahun kemudian apabila bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa pengantar pendidikan dalam Akta Pelajaran 1961, kedudukan bahasa Melayu menjadi semakin mantap. Bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara yang melibatkan pendidikan di semua peringkat sekolah rendah dan menengah (Awang Sariyan, 1998).
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.