UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Pada masa ini kecerdasan dan kejayaan pelajar tidak dinilai seperti dahulu. Banyak teori baru berkenaan kecerdasan telah diperkenalkan dan secara perlahan-lahan mengambil alih teori kecerdasan tradisional yang mana hanya kebolehan kognitif (KK) sahaja digunakan bagi mengukur kejayaan. Penekanan harus dibuat terhadap kecerdasan menyeluruh, iaitu bukan sahaja terhadap kebolehan kognitif (KK), tetapi meliputi kecerdasan emosi (KE) dan kemahiran pengurusan (KP). Sebagai tambahan kepada KK, KE dan KP juga merupakan konstruk yang penting terhadap kejayaan akademik. Justeru, hubung kait antara ketiga-tiga konstruk kecerdasan ini seharusnya diketengahkan selari dengan falsafah pendidikan negara bagi menghasilkan pelajar yang menyeluruh. Dalam kajian ini, model persamaan berstruktur (MPB) digunakan bagi membangunkan model prestasi akademik (PA). MPI3 secara khususnya sesuai digunakan bagi memodelkan hubung kait antara konstruk bersandar dan tak bersandar berbilang secara serentak. MPB mampu menjawab set persoalan kajian yang berhubung kait secara komprehensif dan sistematik dengan menggunakan dua pendekatan, iaitu, MPB berdasarkan anggaran kebolehjadian maksimum (MPB-AKM) dan kuasa dua terkecil separa (MPB-KTS). Bagi membangunkan MPB, ketiga-tiga konstruk pendam psikologi KK, KE dan KP perlu dianggarkan. Diketahui daripada beberapa kajian, data psikologi tidak bertaburan secara normal, dan wujud multikolinearan antara pembolehubah penunjuk yang membentuk pembolehubah konstruk tersebut. Dalarn kajian ini, didapati bahawa wujud multikolinearan antara pembolehubah penunjuk dalam KK, KE dan KP. Pendekatan MPB-AKM mengandaikan data bertaburan secara multivariat normal. Walau bagaimanapun pendekatan MPB-KTS adalah bebas-taburan, di samping tidak memerlukan andaian yang ketat berbanding pendekatan MPB-AKM. Justeru itu, MPI3-KTS adalah lebih sesuai bagi membangunkan model AP. Walau bagaimanapun, MPB-KTS sensitif terhadap kewujudan data pencilan. Kajian ini menambah baik kaedah penganggaran pembolehubah pendam apabila wujudnya data pencilan dengan menggunakan MPB-KTS. Penambahbaikan MPB-KTS adalah dalam aspek penentuan matrik data varians-kovarians, iaitu dengan menggantikan matriks data varians-kovarians konvcnsional dengan matriks data varians-kovarians teguh. Kaedah untuk menentukan matriks data varians-kovarians teguh dinamakan penentu kovarians minimum (PKM), yang mana kaedah PKM ini tcguh terhadap data pencilan. Dalam kajian ini, data pencilan yang digunakan dijana melalui kaedah simulasi. Data pencilan kemudiannya digantikan ke dalam data asal bagi melihat kesannya terhadap MPB-KTS. Kaedah ini ditunjukkan melalui pemodclan PA di kalangan pelajar tahun pertama Bachelor Pendidikan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, bagi kemasukan tahun 2003. Data yang digunakan bagi membangunkan model PA terdiri daripada beberapa pembolehubah penunjuk bagi konstruk-konstruk berikut: KE, KP dan KK. Bagi mengkaji ketahanan penganggar teguh, data pencilan yang meliputi masing masing 12.5%,25% dan 50% daripada data asal dijanakan dan dianalisis bersama data asal dengan dua bentuk MPB-KTS, iaitu MPB-KTS dengan penganggar teguh dan MPB-KTS dengan penganggar konvensional. Kajian yang dijalankan mendapati kesan berbahaya data pencilan telah dapat dikurangkan dengan menggunakan penganggar teguh yang dicadangkan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |