UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :JC Political theory
Main Author :Omar Rozeyta, Abu Bakar Suaibah, Md. Ali Azlah,
Title :Iktibar pencerobohan ke atas Iraq : kewajaran memperkasa perpaduan Melayu (IR)
Year of Publication :2003
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Serangan tentera penceroboh yang diketuai oleh Amerika Syarikat ke atas Iraq pada 17 Mac 2003 yang lalu menyaksikan operasi pemusnahan kerajaan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta warisan sejarah tamadun manusia yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Majoriti penduduk dunia menyaksikan peristiwa yang menyayat hat' dengan mangsa korban perang d: kalangan rakyat yang tidak berdosa berlaku setiap hari. Bom-bom berangkai yang ditujukan kepada sasaran kepentingan ketenteraan kerap kali tersasar dan mengenai petempatan penduduk awam. Kanak-kanak, wanita dan orang tua menjadi mangsa korban peluru berpandu yang didakwa oleh Amerika sebagai ‘peluru pintar’. Tentangan hebat yang dijangkakan diberikan oleh tentera Iraq terutamanya oleh tentera Republikan tidak kelihatan. Misters yang menyelubungi persoalan ke manakah perginya tentera terebut dan rakyat yang bersungguh-sungguh mahu mempertahankan tanahaimya daripada dicerobohi tentera Bersekutu pimpinan Amerika akhimya teijawab selepas 21 hari perang tersebut berlaku. Dunia sekali dikejutkan dengan siaran langsung dari Iraq iaitu kelihatan bangsa Arab yang bermazhab Syiah melompat-lompat kegembiraan sambil menepuk-nepuk dada meraikan kemenangan tentera penceroboh di Najaf, Karbala, Nasiriyah dan Baghdad. Di bahagian utara Iraq pula puak Kurdis turut gembira meraikan kejayaan tentera Bersekutu menggulingkan kerajaan Iraq kerana mereka juga memainkan peranan yang penting dengan turut mengangkat senjata dan membantu tentera Bersekutu menawan pos-pos tentera Iraq di bahagian tersebut. Menang sorak kampung tergadai, kini kebanyakan bangsa Arab yang gembira dengan kejatuhan Regim Saddam Hussien di Iraq dilanda pula kebingungan memikirkan bagaimana untuk mengusir tentera penceroboh dari bumi mereka.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)