UPSI Digital Repository (UDRep)

Keganasan komunis dan kesannya pada zaman darurat 1948-1960 di daerah Hulu Langat Selangor

AVAILABLE Thesis 4323 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Keganasan komunis dan kesannya pada zaman darurat 1948-1960 di daerah Hulu Langat Selangor
Type
Thesis
Main Author
Roslan Muhamad
Subject
D History (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tesis ini merupakan kajian tentang Keganasan Komunis dan Kesannya Pada Zaman Darurat 1948-1960 Di Daerah Hulu Langat, Selangor. Daerah Hulu Langat merupakan sebuah daerah yang menjadi tumpuan komunis ketika zaman darurat. Komunis menjadikan estet-estet di Hulu Langat sebagai tempat gerakan serangan mereka terhadap kerajaan British. Komunis melakukan pelbagai bentuk keganasan dan kekejaman yang bersifat tidak kolektif terhadap penduduk Hulu Langat dalam usaha melakukan kekacauan dan menimbulkan suasana yang tidak aman serta melemahkan kedudukan ekonomi British di Hulu Langat. Pengkajian dilakukan bertujuan untuk melihat sejauh manakah ancaman keganasan yang bersifat tidak kolektif dan kesan daripada keganasan yang bersifat tidak kolektif ini terhadap penduduk Hulu Langat pada zaman Darurat. Pengkajian juga membincangkan faktor-faktor kepimpinan, aset persenjataan, kekuatan keanggotan dan reaksi pihak kerajaan yang menyumbang kepada keganasan yang dilakukan di Hulu Langat. Kajian ini menggunakan sumber primer iaitu dokumen-dokumen rasmi kerajaan, orang perseorangan dan dokumen lain sebagai kaedah pentafsiran pemerolehan dapatan. Di samping itu juga, penulis menggunakan sumber sekunder menerusi hasil penulisan penyelidikan yang lepas berdasarkan buku-buku sejarah, akhbar dan kertas kerja yang berkaitan. Dalam usaha memantapkan hasil kajian, penulis juga menggunakan sumber lisan untuk mendapatkan bukti-bukti yang sahih. Pengkajian penyelidikan ini membuktikan bahawa keganasan dan kekejaman komunis yang bersifat tidak kolektif terhadap penduduk Hulu Langat khususnya pekerja-pekerja estet getah dan lombong-lombong bijih timah telah menjadikan kehidupan masyarakat ketika itu dalam ketakutan dan ternyata komunis berjaya mewujudkan keadaan yang huru-hara seterusnya menganggu gugat sosio ekonomi British ketika itu. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa keganasan dan kekejaman komunis yang bersifat tidak kolektif terhadap masyarakat dan kemusnahan infrastruktur telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap masyarakat dan kerajaan British di Hulu Langat sepanjang tempoh Darurat.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.