UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HF Commerce
Main Author :Ardjaka, Sugiyono
Title :Kefahaman pelajar-pelajar Reka Bentuk Komunikasi Visual Universiti Negeri Malang terhadap iklan kosmetik televisyen
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2015
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pemahaman pelajar terhadap iklan kosmetik yang disiarkan di televisyen. Pensyarah adalah faktor dominan yang mempengaruhi kefahaman pelajar terhadap iklan televisyen di samping faktor-faktor lain seperti corak tingkah laku, penerimaan rakan-rakan, dan internet. Iklan yang dikaji adalah yang popular sepanjang tahun 2009 hingga 2010 yang melibatkan 26 produk kosmetik. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, mengukur peratusan pendapat responden dan diikuti dengan kaedah kualitatif untuk mendapatkan satu set maklumat daripada responden. Seramai 30 responden dari Universiti Negeri Malang, Indonesia telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel dalam kajian ini. Hasil penyelidikan menunjukkan iklan televisyen berperanan dalam mempromosikan produk-produk tersebut dalam pasaran. Kajian ini juga menunjukkan pelajar menyukai iklan yang menyentuh warisan budaya Indonesia, Kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk pelajar membuat iklan, memahami kepelbagaian jenis pengiklanan dan kepelbagaian jenis komposisi reka bentuk.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.