UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QC Physics
Main Author :Yeoh, Sik Mei
Title :Hubungan antara kemahiran membuat keputusan dalam fizik dengan kehidupan seharian dalam kalangan pelajar fizik (IR)
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan menentukan hubungan antara kemahiran membuat keputusan dalam fizik dengan kemahiran membuat keputusan dalam kehidupan seharian dalam kalangan pelajar fizik. Keadah kuantitatif dan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 215 orang pelajar fizik tingkatan empat yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan ialah Ujian Kemahiran Membuat Keputusan Fizik (UKMKF), Ujian Kemahiran Membuat Keputusan Kehidupan Seharian (UKMKKS) dan protokol temu bual berstruktur separa. Kaedah uji dan uji semula digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan dalaman UKMKKS. Korelasi Pearson, ujian–t sampel bebas dan ANOVA sehala digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Temu bual pula digunakan untuk mengenal pasti langkah-langkah yang dilakukan oleh pelajar fizik untuk membuat keputusan dalam fizik. Dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan signifikan antara kedua-dua kemahiran membuat keputusan dalam fizik dengan kehidupan seharian. Faktor jantina tidak mempengaruhi kedua-dua kemahiran membuat keputusan dalam fizik dan kehidupan seharian. Seterusnya, tiada perbezaan signifikan antara tahap kemahiran membuat keputusan dalam fizik mengikut tahap kecemerlangan mata pelajaran Fizik, Walau bagaimanapun terdapat perbezaan signifikan pada tahap kemahiran membuat keputusan dalam kehidupan seharian mengikut tahap kecemerlangan mata pelajaran Fizik. Temu bual berstruktur separa pula berjaya mengenal pasti beberapa langkah yang dilakukan oleh pelajar untuk membuat keputusan dalam fizik tetapi tidak mengikut urutan dan tidak sistematik seperti model KBKK, KPM. Kesimpulan kajian adalah kemahiran membuat keputusan yang dipelajari dalam fizik tidak mudah dipindahkan ke situasi baharu iaitu kehidupan seharian. Implikasinya, lebih banyak usaha perlu diperkenalkan supaya guru fizik berupaya menerap kemahiran membuat keputusan dalam fizik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)