UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Azizah Mat Ail
Title :Analisis penguasaan kemahiran penaakulan saintifik, kemahiran proses sains dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar sekolah menengah di jajahan Bachok, Kelantan (IR)
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran penaakulan saintifik,kemahiran proses sains dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar sekolah menengah Jajahan Bachok, Kelantan. Responden terdiri daripada 293 orang pelajar tingkatan dua dan tingkatan empat telah dipilih menggunakan pensampelan rawak berstrata. Kajian jenis kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan tiga instrumen iaitu soal selidik kemahiran abad ke-21, Ujian Bilik Darjah Lawson dan Ujian Kemahiran Proses Sains. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan pelajar adalah tinggi bagi setiap subskala kemahiran abad ke-21 dan sederhana bagi kemahiran proses sains dan rendah bagi kemahiran penaakulan saintifik. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan kemahiran pemikiran inventif, komunikasi berkesan dan produktiviti tinggi berdasarkan tingkatan. Selain itu, terdapat perbezaan signifikan dalam penguasaan kemahiran pemikiran inventif dan produktiviti tinggi berdasarkan jenis sekolah. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan kemahiran proses sains berdasarkan tingkatan dan jenis sekolah manakala terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan kemahiran penaakulan saintifik berdasarkan jenis sekolah. Ujian korelasi Pearson menunjukkan bahawa tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara kemahiran abad ke-21 dengan kemahiran penaakulan saintifik dan kemahiran proses sains. Namun, terdapat perhubungan yang sederhana positif antara kemahiran penaakulan saintifik dan kemahiran proses sains. Analisis regresi pula menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran proses sains asas dapat mempengaruhi penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dan kemahiran penaakulan saintifik. Kesimpulannya, kemahiran penaakulan saintifik, kemahiran proses sains dan kemahiran abad ke-21 dapat dipelajari dan dikuasai oleh pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Implikasinya, proses pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam memastikan pelajar diberi pendedahan kepada semua kemahiran yang sepatutnya mereka ada dan bukan hanya tertumpu kepada fakta dan teori.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)