UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QD Chemistry
Main Author :Nur Hanani Mustapha
Title :Kesan peranan agen pedagogi terhadap tahap kefahaman dan motivasi pelajar dalam pembelajaran elektrokimia (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan peranan agen pedagogi terhadap tahap kefahaman dan motivasi pelajar dalam pembelajaran Elektrokimia. Reka bentuk kajian ialah reka bentuk kuasi eksperimen kumpulan kawalan tidak setara terdiri daripada dua kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan mengikuti pembelajaran Elektrokimia bersama Prof T (agen pedagogi pakar) dan Lisa (agen pedagogi teman belajar). Kumpulan kawalan pula mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan guru Kimia dengan menggunakan bahan yang sama dalam modul. Sampel kajian ini terdiri daripada 74 orang pelajar di sebuah sekolah menengah sains dalam daerah Pasir Puteh. Empat instrumen kajian digunakan iaitu ujian pencapaian Elektrokimia pra dan pasca, Interactive Multimedia Module with Pedagogical Agent, EC Lab (IMMPA EC Lab), soal selidik tahap motivasi dan soal selidik persona agen pedagogi. Analisis dapatan kuantitatif dilakukan secara deskriptif dan inferensi yang meliputi analisis ANOVA satu hala, analisis ANCOVA dan Ujian-t tidak bersandar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan antara kumpulan kawalan, kumpulan rawatan pakar (Prof T) dan kumpulan rawatan teman belajar (Lisa) dalam ujian pra. Keputusan ANCOVA mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara ketiga-tiga kumpulan selepas kovariatkan min ujian pra dalam ujian pencapaian Elektrokimia pasca. Ujian ANOVA satu hala membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara kumpulan bagi motivasi pra. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan min motivasi pasca yang signifikan dicatatkan antara kumpulan kawalan dan rawatan. Responden menunjukkan persepsi yang lebih baik terhadap persona agen pedagogi Lisa berbanding agen pedagogi Prof T. Kesimpulannya, peranan agen pedagogi tidak berkesan terhadap kefahaman pelajar tetapi berupaya meningkatkan motivasi pelajar. Persona agen pedagogi teman belajar mempunyai persepsi yang lebih baik dalam kalangan pelajar. Jadi, penggunaan agen pedagogi perlu diperbanyakkan dalam modul multimedia kerana memberikan implikasi yang positif terhadap guru, pelajar dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)