Analisis interaksi guru,pelajar, persekitaran pembelajaran dan komitmen pelajar terhadap keselesaan pembelajaran Biologi
Type
Thesis
Main Author
Saidatul Ainoor Shaharim
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap interaksi guru-pelajar, kesesuaian persekitaran pembelajaran, komitmen pelajar dan keselesaan pembelajaran dalam kalangan pelajar Biologi. Seramai 325 orang pelajar Tingkatan Empat di Daerah Larut Matang dan Selama, Perak dipilih untuk kajian dengan menggunakan pensampelan rawak berstrata. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan di mana empat inventori soal-selidik digunakan. Empat inventori tersebut adalah inventori interaksi guru-pelajar, inventori persekitaran pembelajaran bilik darjah, inventori komitmen pelajar dan inventori keselesaan pembelajaran. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap interaksi guru-pelajar, kesesuaian persekitaran pembelajaran, komitmen pelajar dan keselesaan pembelajaran adalah tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan antara interaksi guru-pelajar, kesesuaian persekitaran pembelajaran dan komitmen pelajar dengan keselesaan pembelajaran. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi interaksi guru-pelajar, persekitaran pembelajaran, komitmen pelajar dan keselesaan pembelajaran berdasarkan lokasi, manakala terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina. Hasil analisis regresi berganda mendapati komitmen pelajar dan persekitaran pembelajaran memberikan sumbangan yang signifikan terhadap keselesaan pembelajaran. Kesimpulannya, interaksi guru-pelajar, persekitaran pembelajaran dan komitmen pelajar mempunyai kesan kepada keselesaan pembelajaran pelajar. Implikasi kajian menunjukkan interaksi guru-pelajar, persekitaran pembelajaran, komitmen pelajar dan keselesaan pembelajaran perlu diberi perhatian bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran Biologi.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.