UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :GF Human ecology. Anthropogeography
Main Author :Ishak Abdul Jalil,
Title :Islam hadhari: persepsi orang Melayu dalam menghadapi tuntutan dan cabaran milenium
Year of Publication :2004

Abstract :
Kebangkitan pemikiran terhadap Islam hadhari menuntut agar orang Melayu mengadakan muhasabah din terhadap pelbagai cabaran dan harapan menjelang milenium akan datang. Orang Melayu harus melakukan anjakan paradigma bagi menyaingi bangsa lain jika inginkan kehidupan sejahtera, aman dan bahagia di tanah air sendiri. Kertas kerja ini cuba meninjau kesediaan dan keterpanggilan orang Melayu dalam ledakan kebangkitan negara bangsa yang mendasari prinsip Islam hadhari yang digalurkan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Kajian mengenai peradaban Melayu pada masa lalu yang dijalankan sendiri oleh penulis, serta pelbagai konotasi yang dilemparkan golongan colonial terhadap bangsa yang pernah digambbarkan Windstead sebagai orang yang berbudi bahasa turut dijadikan kayu ukur dalam menjana pemikiran terhadap kemampuan orang Melayu dalam menghadapi cabaran dan tuntutan masa hadapan, khususnya dalam. permasalahan mencakupi institusi keluarga, pendidikan, kejiranan dan kemasyarakatan, ekonomi dan tahap kekuatan iman sejati. Cadangan dan pemikiran mengenai kebarangkalian orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia yang lain amnya boleh menawan hati masyarakat antarabangsa lain dalam agenda pembangunan fizikal dan spiritual sejagat menerusi perkongsian bijak turut diperkatakan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.