UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Bukehmatee, Nurnee
Title :Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah: perbandingan sekolah kerajaan dengan sekolah agama swasta di wilayah Yala, Thailand (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2014
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini merupakan kajian analisis kurikulum Bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan sekolah-sekolah agama swasta. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Dua kaedah memperolehi data digunakan, iaitu analisis dokumen dan temu bual. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk menganalisis persamaan dan perbezaan kurikulum Bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan sekolah-sekolah agama swasta di wilayah Yala. Di samping itu, kajian ini juga berhasrat meneliti masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak-pihak tertentu dalam proses pembinaan kurikulum Bahasa Me1ayu tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi kandungan kurikulum Bahasa Melayu di dua jenis sekolah yang dikaji. Kajian ini menunjukkan bahawa kurikulum Bahasa Melayu yang diguna pakai di sekolah agama swasta lebih lengkap dan menyeluruh dari segi ilmu bahasa dan kemahiran bahasa yang diajarkan. Dari segi pelaksanaan kurikulum pula kajian ini mendapati masa yang diperuntukkan untuk mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah agama swasta lebih panjang berbanding dengan masa yang diperuntukkan di sekolah menengah kerajaan. Dari aspek amalan penilaian kurikulum pula, kedua-dua jenis sekolah masih jauh dari sempurna. Penilaian dilakukan oleh guru-guru yang bukan terlatih dalam bidang Bahasa Melayu.Pengkaji memberkan cadangan untuk mengatasi masalah penggubalan kurikulum, pelaksanaan kurikulum, objektif pembelajaran, kandungan kurikulum dan penilaian kurikulum.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)