UPSI Digital Repository (UDRep)

Nilai-nilai lestari dalam tamadun Melayu

AVAILABLE Conference Item 1307 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Nilai-nilai lestari dalam tamadun Melayu
Type
Conference Item
Main Author
Salleh Hood, Othman Normah,
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2004

Abstract

Sesuatu tamadun itu kekal dan berkekuatan oleh kerana otonominya. Otonomi yang dimaksudkan wujud dalam bentuk-bentuk tradisi, institusi dan segala tindakan sosial atau perjuangan yang beriandaskan jagad dunia atau worldview yang terkamir sifatnya. Seorang pejuang mampu dan beriltizam berjuang kerana keabsahan sokongan yang berpunca dari komunitinya yang kadangkala kurang berupaya mengartikulasikan objek perjuangan. Za’ba mempamirkan iltizam kuat untuk mengwujudkan negara bangsa yang berpaksikan kepada keutuhan dan sistem otonomi yang dikenalinya sebagai sesuatu yang beridentiti ‘Melayu’. Bahasa adalah senjatanya kerana bahasa menyusun jagad dunia. Bahasa itu disayangi kerana bahasa adalah satu-satunya lambang kejayaan hidup bertamadun. la jambatan antara generasi ke generasi yang lain dan sekaligus memudahkan pertalian rapat dan kekal antara satu institusi sosial dengan yang lain. Apabila otonomi sesuatu bangsa dicabar, maka seluruh sistem dan jentera yang menyokongnya berada dalam keadaan bahaya. Masyarakat Melayu semasa Za’ba berada dalam tahap dan zaman bahaya seperti itu, kerana ia diancam oleh kuasa asing yang cuba bertapak dengan mengguna dan mengenakan acuan dari jagad dunia tidak direstu rakyat Melayu sepenuhnya. Otonomi Melayu tergugat, bahasa Melayu hampir hilang, nilai-nilai utama Melayu semakin terhakis, anak-anak watan bertukar orientasi sedikit demi sedikit. Di persimpangan jalan, papan tanda sentiasa mengelirukan. Apa yang perlu dilakukan dan di mana pedoman yang boleh dipercayai untuk dipakai?

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.