UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QA Mathematics
Main Author :Siti Zaleha Khalin
Title :Kebimbangan matematik dan hubungannya dengan pencapaian pelajar tingkatan empat di daerah Perak Tengah (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2014
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan tahap kebimbangan matematik dan hubungannya dengan pencapaian pelajar Tingkatan Empat di daerah Perak Tengah serta mengenal pasti jenis soalan matematik yang menyebabkan pelajar menghadapi kebimbangan matematik ketika membuat matematik (doing mathematics). Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik Skala Kebimbangan Matematik Pelajar(SKMP). Seramai 86 orang pelajar lelaki dan 104 orang pelajar perempuan telah dipilih sebagai sampel bagi data kuantitatif. Data kualitatif diperolehi daripada lima orang pelajar Tingkatan empat di salah sebuah sekolah harian di daerah Perak Tengah, Perak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebimbangan matematik pelajar berada pada tahap sederhana dengan M = 2.SS, SP = 0.72. Secara terperinci dimensi konstruk kebimbangan iaitu iklim kelas matematik dengan M = 2.28, SP = 0.86, ketidakcekapan dalam matematik dengan M = 2.S2, SP = 0.74, keabstrakan matematik dengan M = 2.S6, SP = 0.82 dan ujian matematik dengan M = 2.83, SP = 1.11 berada pada tahap yang sederhana.Analisis dapatan ujian t bagi jantina menunjukkan bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan dengan t = -0.889, p < O.OS di antara tahap kebimbangan matematik pelajar perempuan dengan pelajar lelaki. Dapatan ujian Spearman Rho menunjukkan terdapat hubungan songsang yang rendah secara signifikan antara kebimbangan matematik dengan pencapaian matematik pelajar dengan nilai korelasi r = -0.237. Hubungan songsang ini menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai kebimbangan yang tinggi mempunyai pencapaian yang rendah dalam matematik dan sebaliknya. Dapatan kajian kualitatif mendapati bahawa pelajar kurang mengalami kebimbangan matematik dan berasa selesa semasa membuat matematik (doing mathematics) bagi soalan matematik yang berbentuk permainan (pop up card) berbanding dengan soalan-soalan matematik yang berbentuk abstrak matematik, algebra dan matematik berayat. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan untuk mengurangkan kebimbangan matematik dalam diri pelajar telah dikemukakan kepada pihak sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pendidikan lanjutan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.