UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :H Social Sciences (General)
Main Author :Zahid Indirawati,
Title :Nilai murni sejagat : amalan yang masih kekal
Year of Publication :2004

Abstract :
Nilai secara umumnya merujuk kepada sesuatu gagasan atau tanggapan asasi mengenai “yang berguna”, “yang berharga” atau “yang bermutu” sebagai ukuran atau panduan untuk membuat pilihan dari pelbagai pilihan atau option yang ada pada saat seseorang atau sesuatu kelompok terpaksa membuat pilihan itu (Zainal Kling, 2000). Berfokus kepada makna nilai yang merujuk kepada sesuatu yang murni, kertas keija ini akan membincangkan tiga nilai murni sejagat, iaitu muafakat/musyawarah, berbudi dan bersabar yang terdapat dalam peribahasa Melayu. Ketiga-tiga nilai murni ini akan dilihat dari perspektif bidang ilmu semantik yang akan mengambil kira Prinsip Komposisi (Lobner, 2002) yang menekankan proses “bottom-up” yang dimulai dengan makna leksikal yang membentuk makna ekspresi asas dan diakhiri dengan menggabungkan makna-makna tersebut bagi membentuk makna ekspresi yang kompleks. Penghuraian ini akan dapat memaparkan norma logika orang Melayu dalam penggunaan bahasa, iaitu saling berhubungan antara rujukan, makna dan lambang. Dan akhimya, akan dilihat sejauh manakah nilai-nilai tersebut masih diamalkan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.