UPSI Digital Repository (UDRep)

Cabaran penerapan nilai Matematik dalam pengajaran Matematik sekolah menengah

AVAILABLE Article 1281 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Cabaran penerapan nilai Matematik dalam pengajaran Matematik sekolah menengah
Type
Article
Main Author
Dollah Mohd Uzi,
Subject
QA Mathematics
ISSN
2232-0393
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2012

Abstract

Nilai dalam pengajaran Matematik merupakan kualiti afektif dalaman yang membabitkan kepiawaian seseorang individu berfikir dan bertindak dalam pengajaran matematik. Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan membincangkan pelaksanaan pengajaran nilai matematik dalam kalangan tiga orang guru matematik sekolah menengah. Data diperolehi melalui pemerhatian pengajaran kelas dan temu bual. Pemerhatian pengajaran kelas bagi setiap peserta kajian dibuat sebanyak tiga kali. Temu bual dilakukan sebelum dan selepas setiap pemerhatian pengajaran kelas, serta pada akhir proses pengumpulan data bagi setiap peserta. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerapan nilai matematik dalam pengajaran kelas tidak dirancang secara eksplisit oleh ketiga-tiga peserta kajian. Dua nilai Matematik iaitu nilai objektisme dan nilai keterbukaan diterap secara tidak langsung dalam pengajaran oleh peserta kajian. Umumnya, nilai objektisme diterap melalui penggunaan simbol dan gambar rajah, sementara nilai keterbukaan diterap melalui penglibatan pelajar dalam mempelajari matematik. Tiga cabaran dalam menerapkan nilai objektisme adalah untuk menggalakan pelajar sendiri memahami masalah, mengaitkan matematik dengan situasi sebenar dan memahami rajah secara munasabah. Satu cabaran dalam menerapkan nilai keterbukaan adalah untuk memberi kebebasan kepada pelajar menggunaan strategi menyelesaikan masalah Matematik.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.