UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :T Technology (General)
Main Author :Ayob Dr. Adenan,
Title :Sikap kesukaan dan keyakinan belia universiti terhadap penggunaan multimedia
Year of Publication :2012

Abstract :
Proses transformasi dalam bidang pendidikan memerlukan peralihan yang drastik daripada pengajaran dan pembelajaran bercorak konvensional kepada berteknologi tinggi, iaitu penggunaan multimedia. Transformasi ini telah dicetuskan oleh unsur inovasi dan kreatif dalam penerokaan ilmu pengetahuan yang lebih dinamik. Justeru, penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji hubungan sikap kesukaan dengan keyakinan belia universiti terhadap penggunaan multimedia dalam kursus-kursus pendidikan Bahasa Melayu, selain mengenal pasti faktor-faktornya. Penyelidikan ini membabitkan 500 orang belia universiti; Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Putra Malaysia. Ini membabitkan 250 orang belia universiti bagi setiap universiti telah dipilih sebagai responden kajian. Pemilihan sampel dibuat secara rawak bertujuan untuk meninjau sikap kesukaan dan keyakinan belia universiti terhadap terhadap penggunaan multimedia dalam kursus-kursus pendidikan Bahasa Melayu. Kaedah tinjauan berasaskan soal selidik dan temu bual digunakan dalam kajian ini. Analisis deskriptif digunakan untuk menghuraikan skor min sikap kesukaan dan keyakinan belia universiti. Bagi analisis inferensi pula, ujian Korelasi Pearson digunakan untuk melihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara sikap kesukaan dengan sikap keyakinan belia universiti. Analisis deskriptif bagi kajian kualitatif turut dilakukan dalam mengenal pasti faktor-faktor belia universiti menunjukkan sikap kesukaan dan keyakinan terhadap penggunaan multimedia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sikap kesukaan dengan sikap keyakinan belia universiti terhadap terhadap penggunaan multimedia dalam kursus-kursus pendidikan Bahasa Melayu. Faktor-faktor tertentu juga telah dikenal pasti tentang sikap kesukaan dan keyakinan yang ditunjukkan yang majoritinya berkisar kepada faedah dari segi memproses, mengingat, menyimpan dan menyampaikan semula segala maklumat tentang ilmu pengetahuan. Hasil kajian ini membuka laluan kepada belia guru dalam trend siber untuk memikirkan konsistensi pemilihan bahan pembelajaran berasaskan multimedia yang lebih sesuai diguna pakai di dalam bilik darjah, selain bermatlamat ke arah melahirkan generasi belia pelajar di sekolah yang berketerampilan dalam bidang Bahasa Melayu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.