UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Salih Maria, Abd. Rahman Roszelina,
Title :Pola pemikiran visual pelajar Biologi terhadap konsep abstrak osmosis
Year of Publication :2012

Abstract :
Kajian ini bertujuan meneroka pemikiran visual pelajar Biologi terhadap konsep abstrak osmosis. Antara objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenalpasti pola pemikiran visual pelajar apabila mereka melihat dan membaca konsep abstrak tersebut. Seramai 15 orang responden dipilih dari dua buah sekolah dengan menggunakan persampelan stratifikasi bertujuan. Pelajar ini mewakili kumpulan yang berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data adalah tugasan osmosis dan protokol temu bual semi berstruktur. Setelah data dianalisis secara deskriptif, kajian mendapati responden telah menunjukkan suatu pola pemikiran visual yang ketara. Secara keseluruhannya, 73% responden memaparkan visual dengan reka bentuk eksperimental manakala 27% responden melakarkan visual dengan reka bentuk ilustrasi. 40% responden yang berpencapaian tinggi mempunyai visual jenis holistik. 60% hingga 80% responden yang berpencapaian sederhana dan rendah pula mempunyai visual jenis terperinci. Hasil kajian mendapati 80% responden yang berpencapaian tinggi mempunyai visual yang kabur. Ini berbeza dengan 80% responden yang berpencapaian sederhana dan rendah yang mempunyai visual yang jelas. Hasil daripada kejelasan visual menyebabkan mereka menggunakan warna yang berbeza-beza. 80% responden yang berpencapaian tinggi melakarkan visual mereka dengan menggunakan warna hitam dan putih sahaja. Manakala 80% responden yang berpencapaian sederhana dan rendah pula sangat menyukai warna yang terang seperti merah, biru dan jingga. Hasil kajian ke atas pola pemikiran visual ini mampu berkongsi maklumat dan pengetahuan tentang visual yang dihasilkan dalam fikiran pelajar apabila mereka mempelajari konsep abstrak sains pada masa akan datang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.