UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Bandar-bandar kecil di sesetengah negara sedang membangun masa ini tidak lagi menawarkan fungsi asasnya terutamanya yang berkaitan dengan pertanian. Ini kerana perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan telah menggantikan sektor pertanian sebagai penyumbang utama ekonomi negara berkenaan. Perubahan penawaran seperti ini dapat diperhatikan dengan ketara di Tanjong Malim. Tanjong Malim adalah sebuah bandar kecil yang terletak diluar pengaruh Wilayah Metropolitan Lembah Klang-Langat dan Metropolitan Ipoh disebelah utaranya. Perkembangan semasa mendapati fungsi Tanjong Malim semakin berubah. Masalah ini bertujuan membincangkan tentang perubahan Tanjong Malim sebagai sebuah pusat penempatan utama di wilayah Selatan Perak. Menggunakan data sekunder dan primer yang diperolehi melalui cerapan dilapangan, makalah ini menganalisis perubahan fungsi Tanjong Malim. Terdapat tujuh penemuan penting yang membuktikan tentang perubahan fungsi bandar Tanjong Malim. Antaranya penawaran fungsi berkaitan pertanian yang rendah, keunggulan hierarki petempatan Tanjong Malim, pertambahan dan pemusatan penawaran fungsi order tinggi dan lain-lain. Kewujudan dan perkembangan fungsi yang lebih moden di Tanjong Malim merupakan petunjuk awal kepada proses transformasi ruang bandar Tanjong Malim secara keseluruhannya. Penemuan ini menunjukkan kesediaan Tanjong Malim untuk bertindak sebagai pusat pertumbuhan baru yang terancang. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |