UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian kes ini bertujuan untuk meneroka sejauh mana aktiviti rutin harian yang dilaksanakan di pusat asuhan dan didikan dapat dijadikan sebagai kaedah dalam pengenalan awal konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Persampelan bertujuan digunakan bagi memilih sampel dalam kalangan kanak-kanak. Beberapa kriteria telah ditentukan sebelum pemilihan sampel dilakukan. Oleh itu, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah dipilih sebagai sampel kajian. Kaedah pemerhatian merupakan keadah utama yang dijalankan bagi mengutip data dalam kajian ini. Rakaman video juga telah dilakukan sepanjang pemerhatian dijalankan. Strategi lain yang digunakan bagi mengutip data dalam kajian ini adalah temubual bersama guru yang terlibat dalam kajian. Data telah dianalisis menggunakan tema analisis. Hasil kajian telah mendapati bahawa rutin pagi, rutin makan, rutin tidur, rutin mandi dan rutin aktiviti bebas dapat digunakan sebagai kaedah pengenalan awal konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak awal ini. Justeru, rutin harian kanak-kanak di pusat asuhan dan didikan wajar dilihat sebagai satu persekitaran pembelajaran yang bermakna. Rutin harian ini merupakan satu wadah permulaan untuk kanak-kanak menguasai konsep matematik awal iaitu konsep bentuk, ruang dan pengukuran. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |