UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengenalan konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak melalui rutin harian : satu kajian kes

AVAILABLE Article 2012 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Pengenalan konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak melalui rutin harian : satu kajian kes
Type
Article
Main Author
Jamil Norly, Razali Mahani,
Subject
BF Psychology
ISSN
2232-0393
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2012

Abstract

Kajian kes ini bertujuan untuk meneroka sejauh mana aktiviti rutin harian yang dilaksanakan di pusat asuhan dan didikan dapat dijadikan sebagai kaedah dalam pengenalan awal konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Persampelan bertujuan digunakan bagi memilih sampel dalam kalangan kanak-kanak. Beberapa kriteria telah ditentukan sebelum pemilihan sampel dilakukan. Oleh itu, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah dipilih sebagai sampel kajian. Kaedah pemerhatian merupakan keadah utama yang dijalankan bagi mengutip data dalam kajian ini. Rakaman video juga telah dilakukan sepanjang pemerhatian dijalankan. Strategi lain yang digunakan bagi mengutip data dalam kajian ini adalah temubual bersama guru yang terlibat dalam kajian. Data telah dianalisis menggunakan tema analisis. Hasil kajian telah mendapati bahawa rutin pagi, rutin makan, rutin tidur, rutin mandi dan rutin aktiviti bebas dapat digunakan sebagai kaedah pengenalan awal konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak awal ini. Justeru, rutin harian kanak-kanak di pusat asuhan dan didikan wajar dilihat sebagai satu persekitaran pembelajaran yang bermakna. Rutin harian ini merupakan satu wadah permulaan untuk kanak-kanak menguasai konsep matematik awal iaitu konsep bentuk, ruang dan pengukuran.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.