UPSI Digital Repository (UDRep)

Pemahaman konsep asas kimia dalam kalangan bakal guru kimia di universiti awam

AVAILABLE Thesis 4076 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pemahaman konsep asas kimia dalam kalangan bakal guru kimia di universiti awam
Type
Thesis
Main Author
Lim, Chiew Ting
Subject
QD Chemistry
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pemahaman bakal guru kimia terhadap 20 konsep asas kimia dan mencadangkan rancangan pengajaran harian (RPH). Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan gabungan yang ujian kefahaman dan soalan temu bual sebagai instrumen. Sebanyak dua puluh konsep asas kimia yang diuji merupakan konsep asas kimia dalam hurian sukatan tingkatan 4 dan 5. Seramai 130 orang bakal guru telah dipilih secara rawak daripada tiga universiti awam. Dapatan kajian menunjukkan hanya 11 daripada 20 konsep asas kimia yang dikuasai dengan baik. Dapatan ini disokong dengan temubual yang menunjukkan 12 daripada 20 konsep telah dijawab dengan betul. Hasil kajian juga mendapati bahawa konsep asas kimia yang dikuasai pada tahap sederhana termasuk konsep akueus dan alkali (ujian kefahaman) serta konsep peneutralan (temubual). Manakala, tahap lemah termasuklah konsep mol, garam, formula kimia, elektrolisis, jirim, tenaga pengaktifan dan jisim atom relatif. Beberapa cadangan Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) telah dibina sebagai rujukan pedagogi untuk mengatasi masalah pemahaman konsep-konsep kimia ini. Kesimpulannya, tahap pemahaman bakal guru-guru kimia adalah sederhana. Kajian ini menyedarkan guru akan kepentingan kepelbagaian pedagogi kimia disekolah agar pemahaman pelajar dapat ditingkatkan. Pendekatan pedagogi yang sesuai perlu diaplikasikan untuk mengurangkan kekeliruan konsep kimia pelajar.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.