UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada pelajar asing bermotivasi instrumental atau integratif dalam pemilihan strategi pembelajaran Bahasa Melayu. Kaedah kuantitatif digunakan bagi menjawab soalan kajian. Instrumen soal selidik digunakan bagi mengumpulkan data. Seramai 300 orang pelajar asing yang mewakili enam buah negara telah dipilih sebagai responden kajian. Data soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar asing lebih bermotivasi integratif berbanding instrumental dalam pemilihan strategi pembelajaran Bahasa Melayu. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |