UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :HQ The family. Marriage. Woman
Main Author :Harun Yaacob,
Title :Perkembangan teknologi & perubahan nilai kekeluargaan Melayu
Year of Publication :2004

Abstract :
Intipati perbincangan dalam kertas kerja ini berkisar pada sejauhmana nilai-nilai kekeluargaan Melayu mengalami perubahan akibat perkembangan teknologi. Adakah nilai-nilai utama dalam masyarakat Melayu, khususnya nilai-nilai kekeluargaan akur kepada kehendak dan perubahan teknologi, atau sebaliknya. Adakah nilai-nilai itu dapat bertahan walaupun masyarakat Melayu kini berdepan dengan arus perubahan teknologi yang pesat. TEKNOLOGI DAN BUDAYA: ASAS TEORI Mengikut pendokong teori “technological determinism” seperti Leslie White, Marx, McLuhan, Ogbum, dan lain-lain, perubahan teknologi mengakibatkan perubahan pada masyarakat dan budaya 1 Dalam masyarakat di mana tahap perkembangannya teknologinya tinggi seperti masyarakat peridustrian, maka tahap - keniajuan masyarakat dan budaya dalam masyarakat tersebut juga tinggi, begitu juga sebaliknya. Mengikut teori ini, struktur dan organisasi masyarakat, termasuk falsafah, pengetahuan, dan nilai sentiasa akur kepada perubahan teknologi, malah tunduk kepada kehendak dan perubahan teknologi, Seperti kata Ron Westrum (1991), “ the very structure of our society is related to the kind of technologies that we have”. Sebagai contoh, falsafah dan nilai kerjasama seperti terdapat dalam masyarakat pertanian (di mana tingkat teknologinya rendah), tidak lagi dapat dipertahankan dalam masyarakat perindustrian moden (yang berasaskan kemajuan teknologi). Dalam masyarakat teknologi (technological society), falsafah dan nilai-nilai individualistis menjadi kelaziman. Apabila teknologi menjadi penentu kepada sistem budaya, maka wujud apa yang dikatakan budaya-tekno (techno-culture). Masyarakat yang dilanda oleh budaya telcno dikatakan masyarakat yang non-normatif, maksudnya, masyarakat yang tidak berlandaslcan kepada sistem norma (normless society). Struktur masyarakat seperti ini adalah sesuatu yang cair (fluid social structure) yang berubah mengikut perubahan komponen utama, iaitu komponen teknologikal, dalam masyarakat tersebut.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.