UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengajaran kemahiran berfikir : persepsi dan amalan guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

AVAILABLE Article 3749 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information
Title
Pengajaran kemahiran berfikir : persepsi dan amalan guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
Type
Article
Main Author
Saad Sukiman, Saad Noor Shah, Dollah Mohd Uzi,
Subject
L Education (General)
ISSN
2232-2393
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2012

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi dan amalan pengajaran kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di bilik darjah. Fokus utama diberikan kepada persepsi guru terhadap pengajaran kemahiran berfikir yang merangkumi aspek pendekatan pengajaran, nilai dan kepentingan pengajaran kemahiran berfikir, efikasi guru, dan juga sokongan kurikulum dan sekolah. Kedua, mengkaji pengajaran kemahiran berfikir yang diamalkan oleh guru Matematik dalam bilik darjah. Kajian ini juga ingin melihat sama ada terdapat perbezaan amalan pengajaran kemahiran berfikir antara jantina dan pengalaman mengajar. Seterusnya kajian ini ingin melihat sama ada terdapat atau tidak terdapat hubungan antara persepsi guru dan amalan pengajaran kemahiran berfikir. Sampel kajian terdiri daripada 144 orang guru Matematik sekolah menengah dalam Daerah Muar. Data-data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 17.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai persepsi yang positif terhadap pengajaran berfikir dan mengamalkan pengajaran kemahiran berfikir di bilik darjah. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi antara guru lelaki dan perempuan serta guru berpengalaman dan kurang berpengalaman. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa wujud hubungan antara persepsi guru terhadap pengajaran berfikir dan amalan pengajaran kemahiran berfikir.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.