Kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid India Tamil Kelas Peralihan : kelemahan dan cara mengatasi
Type
Thesis
Main Author
R.Sivanthan V.Ramasamy@Ramiah
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2010
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian tinjauan ini bertujuan menentukan aspek kelemahan yang seringkali dibuat oleh murid Kelas Peralihan semasa menghasilkan esei jenis gambaran. Seramai 30 orang murid India Tamil dari SMK Menglembu, Ipoh telah dipilih menjadi sampel kajian. Pengkaji ingin meninjau tahap kebolehan murid dalam penulisan karangan jenis imaginasi. Tahap kebolehan murid menghasilkan bahan karangan dilihat berdasarkan kecekapan berbahasa Melayu, isi dan pengolahannya. Pengkaji ingin mengenal pasti faktor yang menjadikan murid lemah dalam penguasaan kemahiran menulis, meninjau sejauh manakah aktiviti membaca, mendengar rancangan televisyen dalam bahasa Melayu dan gred keputusan karangan lalu mempengaruhi tahap penulisan esei. Semua responden diminta mengisi lengkap borang soal selidik dan seterusnya menghasilkan karangan jenis gambaran berpandu kepada tajuk yang disediakan oleh pengkaji sendiri. Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa murid lemah dalam penulisan karangan. Markah purata sampel kajian bagi kebolehan secara keseluruhan adalah sebanyak 18.3%, manakala kebolehan dari segi penyampaian isi adalah 4.67%, dan kebolehan penguasaan bahasa cuma 13.21 %. Kesemuanya dalam tahap lemah kecuali aspek penyampaian isi pada tahap sangat lemah. Beberapa aspek kelemahan yang dilakukan oleh sampel dikenal pasti antaranya ialah; kelemahan bahasa, kelemahan teknik mengarang, kelemahan isi, dan kelemahan dalam tulisan. Kajian ini menunjukkan bahawa pendedahan murid terhadap bahan bacaan dan media elektronik berbahasa Melayu dapat membantu menghasilkan karangan pada tahap yang lebih baik berbanding dengan murid yang kurang pendedahan terhadap bacaan berbahasa Melayu. Pada akhir kajian, pengkaji ada mengemukakan cadangan untuk mengatasi kelemahan dalam kemahiran menulis karangan dalam kalangan murid India Tamil Kelas Peralihan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.