UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Proses berfikir secara Matematik bagi para pelajar itu sebenarnya memainkan peranan yang signifikan dalam penyelesaian masalah-masalah Matematik tetapi jarang diberi perhatian sepenuhnya. Proses ini perlu diberi penekanan dan difokuskan dalam pembelajaran Matematik yang boleh dilakukan melalui pendekatan metakognitif. Menyedari betapa pentingnya guru-guru dan keperluan pendekatan metakognitif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka satu penyelidikan dijalankan untuk membangunkan satu model pembelajaran matematik melalui kajian keatas pembelajaran berasaskan metakognitif. Pembangunan model pembelajaran matematik ini melalui kajian keatas pembelajaran berasaskan metakognitif mengandungi tiga tahap: a) kajian awal, diperihalkan dalam perbincangan berdasarkan kepada teori dan penyelidikan-penyelidikan sebelumnya; b) perancangan model, yang mengandungi aktiviti-aktiviti perancangan untuk komponen berikut: instrumen-instrument dan alatan-alatan pembelajaran serta atau model buku teks; dan c) realisasi. Hasil kajian menunjukkan yang model-model pembelajaran matematik yang dibangunkan melalui kajian keatas pembelajaran berasaskan metakognitif adalah bersesuaian dan berkelayakan, mematuhi kriteria yang telah ditetapkan, praktikal dan efektif. Kajian ini menyediakan implikasi-implikasi teoritikal dan praktikal dalam perkembangan pembelajaran matematik. Secara teori, kajian ini mampu a) digunakan sebagai asas untuk perkembangan pembelajaran yang mengutamakan kesedaran dalam mengkaji bahan-bahan pembelajaran; b) menambahbaik kualiti profesionalisme guru-guru dan membangunkan minat pelajar-pelajar terhadap bahan-bahan yang dipelajari untuk menambahbaik kualiti pembelajaran; dan c) mengarahkan aktiviti mental pelajar-pelajar kepada memahami bahan-bahan pembelajaran. Secara praktikal, kajian ini mampu: a) dipraktikkan oleh guru-guru matematik di sekolah menengah rendah; dan b) menambahkan kesedaran pelajar-pelajar untuk mengikuti aktiviti-aktiviti pembelajaran. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |